Sunday, April 20, 2008

KAMI BARU BALIK DARI KUALA BERANG

Pada tanggal 15,16 dan 17 April 2008 yang lalu,sebahagian besar pengawas T.I.Z.ToPS beserta pengawas Asrama Intan telah menjalani Kem Kepimpinan Pengawas T.I.Z.ToPS di Pusat Kokurikulum Kuala Abang,Hulu Terengganu,Terengganu Darul Iman.seramai 98 pengawas yang mengikuti program tersebut.

Antara aktiviti yang dijalankan seperti ‘ice-breaking’, ‘jungle trekking’, perasmian tertutup, solat berjemaah, perlawanan paintball dan banyak lagi aktiviti-aktiviti yang menarik yang berjaya dijalankan.Selain itu, kelainan pada kem kepimpinan ini adalah semua aktiviti yang dijalankan dikendalikan oleh penuntut-penuntut daripada Universiti Malaysia Terengganu ataui yang dahulunya dikenali sebagai KUSTEM.Antara fesilitator yang terlibat adalah Kak Intan, Kak Noni, Kak Ila, Abang Os, Abang Mie,Abang Zemi dan ramai lagi.Mereka sungguh peramah dan baik hati belaka disamping tidak lekang dengan senyuman di bibir.

Perasmian penutup kem ini dilakukan oleh YDP PIBG T.I.Z. ToPS,Tuan Haji Abd Rahman. Para peserta pulang ke Dungun semula pada pukul 1.00 petang dan selamat tiba pada pukul 2.30 petang.


perbincangan dalam kumpulan untuk malam kebudayaan
ataupun LDK 6 di bawah kelolaan Kak Intan



Para peserta sempat ber'posing' semasa 'jungle trekking'

Friday, April 11, 2008

majalah pengawas

untuk pengetahuan semua yang melawat blog pengawas ini,majalah pengawas bakal disiapkan.dengan kerjasama para pengawas yang terlibat,majalah ini akan dapat menjadi halwa mata buat semua pengawas.selain itu,kami juga meminta jasa baik para pengawas untuk menghantarkan nurkilan yang kreatif untuk dimuatkan di dalam majah tersebut.nurkilan anda dapat dihantar kepada Syuhada Mohd Anuar (5 intan 2)

Wednesday, February 27, 2008

PAPAN KENYATAAN BARU PENGAWAS

Untuk makluman semua yang mengikuti perkembangan PENGAWAS TIZTOS,papan kenyataan baru pengawas ialah di Lebuh Intan.Simpang sebelum masok ke koridor pejabat.Di papan kenyataan itu akan dihiasi dengan pelbagai hiasan yang menarik.Ianya bakal dihiasi dengan lebih kemas dan ceria lagi oleh Pro Kem dan Lawatan.Buat sementara waktu ini,warna latar belakang papan itu ialah warna biru tua.Selain itu,terdapat sudah carta organisasi bergambar bagi memberitahu umum akan jawatan-jawatan yang disandang oleh pengawas-pengawas yang berkaitan.

.:sepanjang Lebuh Intan,berhadapan dengan papan kenyataan pengawas:.


.:keadaan papan yang masih dalam proses kemaskini:.

Sunday, February 17, 2008

PERLANTIKAN PENGAWAS

Pada tanggal 14 Januari 2008 merupakan hari yang penting kepada para pengawas sekolah kerana mereka bakal menggalas satu bebanan yang besar.Ianya disempurnakan oleh Ketua Sektor dari Jabatan Pelajaran Terengganu.


Semasa kedatangan Ketua Sektor
di perkarangan sekolah



Pasukan Pancaragam TIZTOPS menyerikan majlis



Ucaptama oleh VVIP


Bacaan ikrar dari Ketua
Pengawas Lelaki






Seluruh Pengawas TIZTOPS bersama pihak sokongan